Sunday, 9 November 2014

Susano

Susano adalah abang kepada Amaterasu dan Tukiyomi, yang dicipta oleh Izanagi. Sementara adik-beradik Susano taat memegang jawatan mereka di Dataran Tinggi Kayangan, Susano pula mengakibatkan banyak masalah kepada  Pusat Tanah dari Dataran(Bumi). Susano banyak mengabaikan kerja-kerjanya dan mengakibatkan banyak tumbuh-tumbuhan di tanah layu. Izanagi bertanya kepada Susano mengapa dia sedih dan Susano menjawab bahawa dia tidak menyukai Bumi tetapi ingin tinggal di dalam Yomi bersama Izanami. Izanagi berasa marah dan menghalau Susano. Tetapi sebelum Susano turun ke Yomi, dia membuat keputusan untuk pergi ke kayangan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada adik-adiknya. Semasa dia memulakan perjalanan, banyak berlaku gempa bumi yang besar di daratan. Mendengar perkara ini, Amaterasu berasa takut jika kedatangan Susano itu dengan niat jahat iaitu untuk merampas pemerintahannya. Amaterasu menyediakan dirinya untuk bertarung dan menunggu Susano mendekatinya. Apabila Susano sampai dia cuba untuk menenangkan Amaterasu dengan memberitahu tujuaan dia datang adalah untuk mengucapkan selamat tinggal. Amaterasu meminta bukti dan mencadangkan pertandingan dalam mencipta dewa. Amaterasu mengambil pedang Susano dan memberinya sekalung manik. Kedua barang tersebut dibasuh dan digunakan dalam pertandingan tersebut. Amaterasu memulakan dahulu lalu dia gigit pedang Susano dan mencipta tiga dewi dari nafasnya. Susano pula meletakkan manik dalam mulutnya dan mencipta lima dewa. Susano adalah pemenang pertandingan itu tetapi telah dilawan oleh Amaterasu kerana dewa tersebut telah keluar dari manik dia sendiri jadi dialah orang yang sepatutnya menang. Susano berasa marah dan menyerang dengan ganas melalui kayangan dan juga Bumi. Amatera melarikan diri dengan pantas dan bersembunyi di dalam gua. Kejadian dimana ketiadaan Amaterasu dan kesusahan yang mereka alami untuk mengembalikan semula Amaterasu ke tempat asalnya mengakibatkan Susano dihukum secara berterusan. Janggutnya dicukur, kuku jari dan kuku kakinya telah dipotong dan memaksanya untuk mengambil bahagian didalam beberapa upacara yang memalukan. Akhir sekali dewa telah mengusirnya dari kayangan dan menghantarnya ke Yomi.

Susano

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger