Mitos dari bahasa Yunani-mythos adalah sesuatu cerita
yang menceritakan kisah yang berlatarkan masa lampau, mengenai alam semesta dan
juga mengenai hidupan yang ada di cerita tersebut. Ia juga dianggap benar-benar
terjadi oleh orang yang menceritakan atau oleh sesuatu penganut. Dalam erti
kata yang lain, mitos juga dapat dikelaskan sebagai cerita tradisional. Pada
umumnya mitos menceritakan terjadinya alam semesta, dunia dan makhluk
didalamnya, bentuk landskap, kisah sesuatu makhluk yang mempunyai kuasa misteri
dan sebagainya. Mitos banyak timbul dalam bentuk catatan peristiwa sejarah yang
terlalu dilebih-lebihkan. Mereka disebarkan untuk menyampaikan kepercayaan atau
sesuatu ideal, untuk membentuk model sifat-sifat tertentu dan sebagai bahan
ajaran dalam sesuatu komuniti. Antara negara yang mempunyai mitos adalah Jepun
dan mereka amat mempercayai mitos tersebut. Antara mitos yang terdapat di
negara mereka adalah mengenai Amaterasu,
Izanagi dan Izanami serta Susano dan ini adalah salah satu kepercayaan
komuniti Shinto. Ini adalah apa yang akan saya postkan didalam blog saya ini
iaitu mengenai Mitos di Negara Jepun.Terdapat banyak lagi mitos-mitos yang
berada di Jepun seperti Tsukiyomi, Orochi dan Shinto. Terdapat juga banyak
mitos di negara lain yang selalu menjadi sembahan mereka dan menjadi cerita
teladan untuk generasi muda.
Antara simbol kepercayaan kepercayaan Shinto
No comments:
Post a Comment