Izanagi (bermaksud lelaki yang menjemput), bersama dengan
Izanami(perempuan yang menjemput), adalah genarasi ketujuh dewa alam semesta
dalam kepercayaan Shinto. Mereka bersama dikatakan sebagai pencipta kepulauan
Jepun(Yamato). Izanagi dan Izanami telah diberikan lembing istimewa daripada
generasi sebelum itu di mana Izanagi gunakan untuk mencipta pulau
pertama,Onogoro. Izanagi dan Izanami membuat keputusan untuk berkahwin dan
mendapatkan anak untuk generasi baru dan untuk tanah baru di Bumi. Untuk
berkahwin, mereka telah mencipta satu upacara untuk meraikannya. Dalam upacara
tersebut, Izanami berasa sangat gembira apabila melihat Izanagi. Izanagi
membalas perbuatan Izanami tetapi mengingatkan Izanami bahawa perempuan tidak
boleh bercakap dahulu dalam upacara ini. Hasil daripada hubungan mereka, telah
lahir bayi yang berbentuk seperti lintah(bayi ini ada juga dikaitkan dengan
dewa Hiruko). Izanagi dan Izanami kembali ke kayangan untuk mencari punca
mengapa perkara itu berlaku. Mereka mendapat tahu bahawa Izanami telah bercakap
semasa upacara perkahwinan mereka. Jadi pasangan tersebut kembali untuk
mengulangi upacara tersebut dan kali ini hanya Izanami sahaja dilarang untuk
bercakap kecuali apabila disuruh. Cubaan seterusnya untuk mendapatkan anak
telah mencipta lapan pulau besar Jepun. Izanagi dan Izanami kemudian mencipta
dewa-dewa daripada lautan, angin,
gunung, sungai, pokok dan juga beras. Kemudia Izanami melahirkan dewa api,
Kagutsuchi, tetapi Izanami telah terbakar semasa melahirkannya dan jatuh ke
tanah. Dari kematiannya telah melahirkan banyak lagi dewa yang lain seperti
dewa air dan dewa tanah. Izanagi menangis dengan apa yang berlaku manakala air
mata Izanagi semasa ia mendukung kekasihnya Izanami telah mencipta hidupan yang
lain. Dalam perasaan marah, Izanagi telah mencincang Kagutsuchi dengan pedang.
Bahagian kagutsuchi yag terpotong telah menjadi dewa yang lain manakala darah
Kagutsuchi telah membentuk bintang di Galaksi Bima Sakti. Izanagi ingin menghidupkan kembali kekasihnya
itu dan mengikutnya ke Yomi(dunia Alam Barzakh bagi orang Jepun) dan
menjupainya di dalam kegelapan. Izanagi merayu agar Izanami pulang bersamanya
tetapi isterinya menolak dan memberitahu bahawa dia telah memakan buah
kegelapan dari Yomi dan tidak boleh pulang lagi ke dunia kehidupan. Kemudian,
Izanami baring untuk tidur, Izanagi nyalakan obor untuk meliha isterinya tetapi
apa yang telah dia lihat adalah badan isterinya mula mereput. Dia tidak boleh
menerima kenyataan itu lalu melepaskan obor dan lari. Izanami yang tidur mula
sedar dan cuba untuk menghalang Izanagi daripada pergi tetapi Izanagi telah
membuat satu pelindung diantara dunia kehidupan dan dunia kematian dengan batu.
Dia mengishtiharkan bahawa dia akan menceraikan isterinya, dan Izanami melawan
dan berkata akan mengambil 1000 nyawa setiap hari jika Izanagi melakukannya
namun Izanagi sanggup untuk memberi 1500 nyawa setiap hari. Kemudian mati telah
diperkenalkan di dunia, tetapi jangka hayat Izanagi masih banyak dan kuat
dimana Izanami tidak mampu untuk ambil. Apabila Izanagi melihat kesan dunia
Yomi yang masih berada di badannya dia terus membasuhnya kedalam sungai. Semasa
dia mandi, di sebelah mata kirinya keluar dewa Amaterasu, dari mata kanan
keluar Tsukiyomi dan dari hidung keluar Susano. Susano, dewa laut yang tidak
pernah berehat mengadu mengadu mengenari tugasnya telah diusir dengan rela oleh
Izanagi ke Yomi. Setelah menghantar Susano pergi, dia ingin bersara. Sesetengah
daripada mitos ada menyatakan bahawa Izanagi kembali ke kayangan untuk bersama
Amaterasu manakala yang lain ada mengatakan dia berehat di kepulauan Honshu,
dimana dia masih disembah.
Gambaran Izanagi(kiri) dan Izanami(kanan)
sedang mencipta Pulau Onogoro
No comments:
Post a Comment