Selain daripada menjadi satu bahan yang disebarkan untuk
menyampaikan kepercayaan atau sesuatu ideal, untuk membentuk model sifat-sifat
tertentu dan sebagai bahan ajaran dalam sesuatu komuniti, mitos juga ada
digunakan sebagai bahan hiburan seperti digunakan didalam sesuatu cerita
animasi. Antara salah satu animasi di Jepun yang menggunakan mitos di dalam
cerita mereka adalah siri animasi terkenal mereka iaitu Naruto. Antara mitos yang digunakan adalah Susano,
Amaterasu, Izanagi, Tsukuyomi dan Kirin. Hiburan ini sedikit sebanyak untuk
menarik perhatian umum untuk lebih mengetahui mengenai mitos mereka. Ini supaya
agar mitos tersebut tidak hilang dan menjadi salah satu bahan yang menunjukkan
kewujudan satu komuniti tersebut. Di dalam cerita Naruto, Amaterasu menjadi
satu alat peperangan bagi puak Uchiha di mana ia adalah salah satu teknik
menggunakan mata untuk mengeluarkan api hitam yang tidak akan padam. Izanagi
pula digunakan sebagai satu teknik dimana pengguna dapat mengelakkan kematian
mereka dengan mengorbankan mata mereka. Susano pula digunakan sebagai teknik
pelindung dimana menggunakan untuk melindung dan menyerang musuh.
Mitos Negara Jepun
Sunday, 9 November 2014
Izanagi Dan Izanami
Izanagi (bermaksud lelaki yang menjemput), bersama dengan
Izanami(perempuan yang menjemput), adalah genarasi ketujuh dewa alam semesta
dalam kepercayaan Shinto. Mereka bersama dikatakan sebagai pencipta kepulauan
Jepun(Yamato). Izanagi dan Izanami telah diberikan lembing istimewa daripada
generasi sebelum itu di mana Izanagi gunakan untuk mencipta pulau
pertama,Onogoro. Izanagi dan Izanami membuat keputusan untuk berkahwin dan
mendapatkan anak untuk generasi baru dan untuk tanah baru di Bumi. Untuk
berkahwin, mereka telah mencipta satu upacara untuk meraikannya. Dalam upacara
tersebut, Izanami berasa sangat gembira apabila melihat Izanagi. Izanagi
membalas perbuatan Izanami tetapi mengingatkan Izanami bahawa perempuan tidak
boleh bercakap dahulu dalam upacara ini. Hasil daripada hubungan mereka, telah
lahir bayi yang berbentuk seperti lintah(bayi ini ada juga dikaitkan dengan
dewa Hiruko). Izanagi dan Izanami kembali ke kayangan untuk mencari punca
mengapa perkara itu berlaku. Mereka mendapat tahu bahawa Izanami telah bercakap
semasa upacara perkahwinan mereka. Jadi pasangan tersebut kembali untuk
mengulangi upacara tersebut dan kali ini hanya Izanami sahaja dilarang untuk
bercakap kecuali apabila disuruh. Cubaan seterusnya untuk mendapatkan anak
telah mencipta lapan pulau besar Jepun. Izanagi dan Izanami kemudian mencipta
dewa-dewa daripada lautan, angin,
gunung, sungai, pokok dan juga beras. Kemudia Izanami melahirkan dewa api,
Kagutsuchi, tetapi Izanami telah terbakar semasa melahirkannya dan jatuh ke
tanah. Dari kematiannya telah melahirkan banyak lagi dewa yang lain seperti
dewa air dan dewa tanah. Izanagi menangis dengan apa yang berlaku manakala air
mata Izanagi semasa ia mendukung kekasihnya Izanami telah mencipta hidupan yang
lain. Dalam perasaan marah, Izanagi telah mencincang Kagutsuchi dengan pedang.
Bahagian kagutsuchi yag terpotong telah menjadi dewa yang lain manakala darah
Kagutsuchi telah membentuk bintang di Galaksi Bima Sakti. Izanagi ingin menghidupkan kembali kekasihnya
itu dan mengikutnya ke Yomi(dunia Alam Barzakh bagi orang Jepun) dan
menjupainya di dalam kegelapan. Izanagi merayu agar Izanami pulang bersamanya
tetapi isterinya menolak dan memberitahu bahawa dia telah memakan buah
kegelapan dari Yomi dan tidak boleh pulang lagi ke dunia kehidupan. Kemudian,
Izanami baring untuk tidur, Izanagi nyalakan obor untuk meliha isterinya tetapi
apa yang telah dia lihat adalah badan isterinya mula mereput. Dia tidak boleh
menerima kenyataan itu lalu melepaskan obor dan lari. Izanami yang tidur mula
sedar dan cuba untuk menghalang Izanagi daripada pergi tetapi Izanagi telah
membuat satu pelindung diantara dunia kehidupan dan dunia kematian dengan batu.
Dia mengishtiharkan bahawa dia akan menceraikan isterinya, dan Izanami melawan
dan berkata akan mengambil 1000 nyawa setiap hari jika Izanagi melakukannya
namun Izanagi sanggup untuk memberi 1500 nyawa setiap hari. Kemudian mati telah
diperkenalkan di dunia, tetapi jangka hayat Izanagi masih banyak dan kuat
dimana Izanami tidak mampu untuk ambil. Apabila Izanagi melihat kesan dunia
Yomi yang masih berada di badannya dia terus membasuhnya kedalam sungai. Semasa
dia mandi, di sebelah mata kirinya keluar dewa Amaterasu, dari mata kanan
keluar Tsukiyomi dan dari hidung keluar Susano. Susano, dewa laut yang tidak
pernah berehat mengadu mengadu mengenari tugasnya telah diusir dengan rela oleh
Izanagi ke Yomi. Setelah menghantar Susano pergi, dia ingin bersara. Sesetengah
daripada mitos ada menyatakan bahawa Izanagi kembali ke kayangan untuk bersama
Amaterasu manakala yang lain ada mengatakan dia berehat di kepulauan Honshu,
dimana dia masih disembah.
Gambaran Izanagi(kiri) dan Izanami(kanan)
sedang mencipta Pulau Onogoro
Susano
Susano adalah abang kepada Amaterasu dan Tukiyomi, yang
dicipta oleh Izanagi. Sementara adik-beradik Susano taat memegang jawatan
mereka di Dataran Tinggi Kayangan, Susano pula mengakibatkan banyak masalah
kepada Pusat Tanah dari Dataran(Bumi).
Susano banyak mengabaikan kerja-kerjanya dan mengakibatkan banyak
tumbuh-tumbuhan di tanah layu. Izanagi bertanya kepada Susano mengapa dia sedih
dan Susano menjawab bahawa dia tidak menyukai Bumi tetapi ingin tinggal di
dalam Yomi bersama Izanami. Izanagi berasa marah dan menghalau Susano. Tetapi
sebelum Susano turun ke Yomi, dia membuat keputusan untuk pergi ke kayangan
untuk mengucapkan selamat tinggal kepada adik-adiknya. Semasa dia memulakan
perjalanan, banyak berlaku gempa bumi yang besar di daratan. Mendengar perkara
ini, Amaterasu berasa takut jika kedatangan Susano itu dengan niat jahat iaitu
untuk merampas pemerintahannya. Amaterasu menyediakan dirinya untuk bertarung
dan menunggu Susano mendekatinya. Apabila Susano sampai dia cuba untuk
menenangkan Amaterasu dengan memberitahu tujuaan dia datang adalah untuk
mengucapkan selamat tinggal. Amaterasu meminta bukti dan mencadangkan
pertandingan dalam mencipta dewa. Amaterasu mengambil pedang Susano dan
memberinya sekalung manik. Kedua barang tersebut dibasuh dan digunakan dalam
pertandingan tersebut. Amaterasu memulakan dahulu lalu dia gigit pedang Susano
dan mencipta tiga dewi dari nafasnya. Susano pula meletakkan manik dalam
mulutnya dan mencipta lima dewa. Susano adalah pemenang pertandingan itu tetapi
telah dilawan oleh Amaterasu kerana dewa tersebut telah keluar dari manik dia
sendiri jadi dialah orang yang sepatutnya menang. Susano berasa marah dan
menyerang dengan ganas melalui kayangan dan juga Bumi. Amatera melarikan diri
dengan pantas dan bersembunyi di dalam gua. Kejadian dimana ketiadaan Amaterasu
dan kesusahan yang mereka alami untuk mengembalikan semula Amaterasu ke tempat
asalnya mengakibatkan Susano dihukum secara berterusan. Janggutnya dicukur,
kuku jari dan kuku kakinya telah dipotong dan memaksanya untuk mengambil
bahagian didalam beberapa upacara yang memalukan. Akhir sekali dewa telah
mengusirnya dari kayangan dan menghantarnya ke Yomi.
Susano
Amaterasu
Amaterasu adalah
dewa matahari bagi kepercayaan Shinto di Jepun. Dipercayai bahawa
Amaterasu menghantar cucunya iaitu Jimmu
ke bumi pada 3,000 tahun yang lalu untuk menjadi pemerintah Jepun yang pertama,
bermula dari keluarga dewa kepada keluarga diraja. Amaterasu telah diberi untuk
memerintah di kayangan oleh Izanagi apabila Izanagi memberi kalungnya kepada
Amaterasu sebagai tanda pemerintahannya.Setelah itu dalam satu pertandingan
yang berlangsung bersama abangnya Susanoo(pertandingan ada diceritakan di dalam
mitos Susano), Amaterasu melahirkan tiga dewa, yang keturunannya sama dengan
Susano, dimana keturunan mereka daripada nenek moyang Jimmu. Dalam pertandingan
ini, Amaterasu tidak mahu mengaku kalah dan ini membuatkan Susanoo mengamuk
yang mengakibatkan kegemparan di kayangan dan di Bumi. Amaterasu melarikan diri
kedalam gua dan ini mengakibatkan seluruh Jepun diselubungi kegelapan. Akibat
tindakan ini telah mengakibatkan banyak kekecewaan oleh semua makhluk di bumi.
Banyak tumbuhan mati dan manusia hidup sengsara, para dewa yang lain
berpendapat bahawa Amaterasu perlu diberikan semula tempatnya di langit. Mereka
meminta bantuan dari para dewa-dewa yang lain dan menjalankan upacara pemujaan
dan korban di luar gua dimana Amaterasu bersembunyi. Mereka juga menggantung
cermin pada sebatang pokok di luar gua itu. Manakala sebahagian dewa masuk ke
dalam gua untuk menarik perhatian Amaterasu.Medengar kekecohan yang berlaku
Amaterasu bertanya mengapa semua dewa berasa gembira. Amaterasu bertanya kepada
mereka apa yang berlaku dan dijawab bahawa mereka telah menemui orang lain
untuk menggantikan dewa matahari. Amaterasu keluar dengan perasaan ingin tahu
dan mengintai keluar dari gua. Kemudian dia Nampak cermin yang digantung dan
nampak pantulan wajahnya, dia menyangka bawa dia melihat orang yang
menggantiknya. Apabila dia keluar untuk membuat pemeriksaan pada cermin itu,
dia telah ditangkap oleh seorang dewa dan gua tadi telah ditutup oleh dewa yang
lain. Kehadiran Amaterasu setelah ia keluar dari gua telah menerangkan kembali Jepun.
Amaterasu yang dikenali sebagai Dewa Matahari
Apakah Itu Mitos?
Mitos dari bahasa Yunani-mythos adalah sesuatu cerita
yang menceritakan kisah yang berlatarkan masa lampau, mengenai alam semesta dan
juga mengenai hidupan yang ada di cerita tersebut. Ia juga dianggap benar-benar
terjadi oleh orang yang menceritakan atau oleh sesuatu penganut. Dalam erti
kata yang lain, mitos juga dapat dikelaskan sebagai cerita tradisional. Pada
umumnya mitos menceritakan terjadinya alam semesta, dunia dan makhluk
didalamnya, bentuk landskap, kisah sesuatu makhluk yang mempunyai kuasa misteri
dan sebagainya. Mitos banyak timbul dalam bentuk catatan peristiwa sejarah yang
terlalu dilebih-lebihkan. Mereka disebarkan untuk menyampaikan kepercayaan atau
sesuatu ideal, untuk membentuk model sifat-sifat tertentu dan sebagai bahan
ajaran dalam sesuatu komuniti. Antara negara yang mempunyai mitos adalah Jepun
dan mereka amat mempercayai mitos tersebut. Antara mitos yang terdapat di
negara mereka adalah mengenai Amaterasu,
Izanagi dan Izanami serta Susano dan ini adalah salah satu kepercayaan
komuniti Shinto. Ini adalah apa yang akan saya postkan didalam blog saya ini
iaitu mengenai Mitos di Negara Jepun.Terdapat banyak lagi mitos-mitos yang
berada di Jepun seperti Tsukiyomi, Orochi dan Shinto. Terdapat juga banyak
mitos di negara lain yang selalu menjadi sembahan mereka dan menjadi cerita
teladan untuk generasi muda.
Antara simbol kepercayaan kepercayaan Shinto
Subscribe to:
Posts (Atom)